Jawapannya sama sahaja seperti di atas, iaitu perlu. Sangat perlu. Shopee, Lazada atau marketplace lain hanya seumpama berniaga di dalam kedai orang lain. Kita tumpang berdagang dalam keadaan tiada kawalan optima terhadap kedai berkenaan.
Segalanya mungkin terjadi tanpa dapat kita mengawal dan menentukannya.
Malah, berniaga di marketplace seperti Shopee, Lazada atau marketplace lain kini semakin mencabar kerana margin untung semakin tipis dan kecil disebabkan aktiviti “membuang harga” akibat persengitan yang sangat sengit.
Sebaliknya, laman web sendiri ialah kedai kita sendiri, bangunan kita sendiri dan kita mempunyai kawalan penuh terhadap kedai berkenaan.
Dengan laman web sendiri inilah kita membina identiti, jenama (branding) dan dengan itu malah mampu menetapkan harga sendiri, terutama bagi produk atau servis yang unik.