Skip to main content

Featured post

MOVE by AirAsia: Aplikasi Tempahan Tiket Penerbangan & Hotel Serta Pengangkutan dengan Harga sangat Murah

MOVE by AirAsia: Aplikasi Tempahan Tiket Penerbangan & Hotel Serta Pengangkutan dengan Harga sangat Murah Nak travel murah dan mudah? MOVE by AirAsia adalah aplikasi terbaik untuk tempah tiket penerbangan, hotel, dan pengangkutan dalam satu tempat Sahaja !  Dapatkan harga tiket serendah RM98 ke Sabah dan nikmati perjalanan bajet tanpa risau. Muat turun sekarang dan rancang percutian anda dengan lebih jimat! Assalamualaikum & Salami Sejahtera.. Apa khabar guys! Semoga anda semua sihat dan ceria. Hari ini saya ada perkara nak kongsikan satu pengalaman yang mungkin bermanfaat untuk korang semua & korang dapat mencubanya.  Tapi sebelum tu,  Selamat Berpuasa Guys! Pejam celik, pejam celik, dah pun masuk hari ke-21 Ramadhan. Sekejap je masa berlalu, kan? Tak lama lagi kita dah nak raya! Macam mana persiapan korang? Dah shopping baju raya, tapi raya-raya ni budak-budak je yang happy, bagi orang dewasa hanya tinggal pengalaman dan sejarah indah semasa zaman kanak-kan...

MOVE by AirAsia: Aplikasi Tempahan Tiket Penerbangan & Hotel Serta Pengangkutan dengan Harga sangat Murah

MOVE by AirAsia: Aplikasi Tempahan Tiket Penerbangan & Hotel Serta Pengangkutan dengan Harga sangat Murah



AirAsia MOVE


Nak travel murah dan mudah? MOVE by AirAsia adalah aplikasi terbaik untuk tempah tiket penerbangan, hotel, dan pengangkutan dalam satu tempat Sahaja ! 

Dapatkan harga tiket serendah RM98 ke Sabah dan nikmati perjalanan bajet tanpa risau. Muat turun sekarang dan rancang percutian anda dengan lebih jimat!


Assalamualaikum & Salami Sejahtera..

Apa khabar guys! Semoga anda semua sihat dan ceria.


Hari ini saya ada perkara nak kongsikan satu pengalaman yang mungkin bermanfaat untuk korang semua & korang dapat mencubanya. 


Tapi sebelum tu, 


Selamat Berpuasa Guys! Pejam celik, pejam celik, dah pun masuk hari ke-21 Ramadhan. Sekejap je masa berlalu, kan? Tak lama lagi kita dah nak raya! Macam mana persiapan korang? Dah shopping baju raya, tapi raya-raya ni budak-budak je yang happy, bagi orang dewasa hanya tinggal pengalaman dan sejarah indah semasa zaman kanak-kanak..
Tetapi apa-apa pun layan jer la.. Sekurang- kurangnya dapat mengeratkan ukhuwah & silaturahmi sesama kita.


Dan mengharapkan semuanya berjalan lancar. Agar amalan bulan mulia ini dapat meningkatkan amal ibadah korang.


Ingat! Pantau anak-anak korang, risau anak-anak terlampau leka main mercun hingga menyebabkan kemalangan.


 Okeyy..


Jom kita mulakan…


Okay, cerita dia macam ni… Bermula seminggu Hari Raya, adik beradik mulakan percutian raya, ada yang ke oversea seperti Australia dan Lombok Indonesia serta tak ketinggalan percutian dalam Malaysia lebih-lebih lagi Borneo Sabah.… Dan bermula hari ke-14 raya nanti, abang saya sekeluarga besarnya akan bercuti ke Sabah. Kebetulan dia nak bawa ibu saya sekali, tapi ada pula satu "drama" kecil.  Sebelum itu Kakak saya pun ada plan nak bawa ibu bercuti sekeluarga ke Lombok, Indonesia


Masalahnya, Ibu agak risau nak berjalan jauh  lebih-lebih lagi Pulau Lombok Indonesia, Kata susah sebab ibu bergantung penuh dengan berkerusi roda.


“ Sebenarnya dia risau kalau jatuh sakit, berada di negara orang, tak tau hospital bagaimana, takut susah nak cari klinik atau hospital, Itulah yang berada dalam fikirannya.”


Akhirnya, tiba-tiba ibu bersetuju ikut abang  dan keluarga nya ke Sabah dengan alasan: "Masih dalam Malaysia, kalau apa-apa jadi, hospital atau klinik pun  masih senang cari.


" Faham-faham je lah orang tua, kan?”


Dan secara Tiba-tiba ibu  mengajak saya ikut  temankan sekali. Kalau ikutkan hati, memang saya malas—maklumlah, nak travel ni kena ada bajet! Saya ni pulak bukannya ada kerja tetap untuk suka-suka melancong. Tapi tak sampai hati nak kecewakan Ibu dan abang, jadi saya pun buat satu keputusan penting untuk berjimat…


Dan kebetulan saya pernah terdengar mengenai Airasia Move tentang promosi mereka, Dan saya mulakan download aplikasi MOVE by AirAsia ! Sebab selama ni ingatkan tiket kapal terbang ke Sabah mahal, rupa-rupanya tak! Sekali saya search tiket ke Sabah, terkejut tengok harga—RM98 pergi &  RM98 balik! 


Ya Allah, murah gila! Tak fikir panjang, terus saya booking. Dengan bajet RM200 lebih sikit, saya dah boleh terbang ke Sabah!


Tapi untuk pengetahuan anda bukan sahaja tiket penerbangan ke Sabah saja yang murah, Malah bila saya semak memang MOVE by AirAsia banyak buat jualan murah ke serata tempat pelancongan , bukan hanya dalam negara tapi di luar negara juga. Bila selidik baru tahu tip untuk nak dapat kan tiket murah tak terjangkau ni. Antaranya tempah awal ticket dan mula buat perancangan awal.


Tapi yang bestnya tentang aplikasi ini ia bukannya boleh tempah tiket penerbangan, hotel Dan pengangkutan. Ianya sebagai satu pakej lengkap untuk bercuti hanya dengan satu jari je, malah anda jangan abaikan aplikasi ini setelah habis bercuti, TAPI korang boleh menggunakan MOVE by AirAsia sebagai salah satu cara nak tempah pengangkutan (e-hailing) macam  aplikasi GRAB.  Ini kerana MOVE by AirAsia antara salah satu pesaing GRAB ketika ini. 


Apa yang best pasal MOVE by AirAsia ni?

Nak tahu cara Download MOVE by AirAsia, Klik pautan Di bawah dan mula rancang percutian anda, Aplikasi Semudah 1,2 dan 3 Langkah>>



✅ Tempah tiket kapal terbang dengan harga yang murah, lebih-lebih lagi kalau booking awal.


 ✅ Boleh tempah hotel & tiket tempat pelancongan sekali dalam satu aplikasi.


 ✅ Macam aplikasi Grab – boleh tempah kenderaan terus dari apps ni!


Move by AirAsia


Maknanya, satu aplikasi je dah cukup untuk semua keperluan travel! Serius, memang tak rugi Untuk mencuba. So guys, kalau korang nak travel dengan bajet jimat, download je MOVE by AirAsia sekarang!


Siapa tahu, mungkin korang pun boleh dapat harga tiket murah macam saya. 😉


“MOVE by AirAsia: Rahsia Tiket Murah untuk Percutian Raya”


Jika korang tak tahu bagaimana nak cari Aplikasi MOVE by AirAsia ni, Di sini saya sertakan  pautan (link) Untuk download MOVE by AirAsia ni!! .Dan selamat mencuba & selamat kita bersua di next story..  Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera guys..


Semoga tak terlalu awal, takut lupa nanti, Saya mengambil masa nak tutup story dengan mengucapkan “Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin


[ Download MOVE by AirAsia]








Comments

Popular posts from this blog

Selain Affiliate Program yang ada di Malaysia antaranya,

  Selain Affiliate Program yang ada di Malaysia antaranya,  Anda boleh juga cuba mendaftar sebagai affiliate Marketer melalui program percuma dengan Involve Asia dan juga Accesstrade .  Ianya mudah tidak perlu mengeluarkan sebarang modal untuk menyertai nya.  Ianya Percuma sahaja.  Hanya perlu kongsikan pautan (link) yang telah dibuat.  Dan Contoh Syarikat Yang Menyertai Involve Asia Malaysia Airlines Campaign Description Enjoy flexibility with your choice of flights between Kuala Lumpur and Singapore Campaign Description Celebrate music and culture at the Rainforest World Music Festival in Borneo!​ ​The Rainforest World Music Festival is back – this time, for its 25th Legendary Rainforest Celebration! From 17 to 19 June 2022, experience a music festival unlike any other amid lush Sarawakian forests and colourful diversity right at the Sarawak Cultural Village, Kuching. Enjoy 15% off flights alongside early bird and pre-sale promo on the Rainforest World ...

Mulakan perniagaan dengan Affiliate Marketing

  Mulakan perniagaan dengan Affiliate Marketing  Mulakan perniagaan dengan Affiliate Marketing, ianya mudah semudah langkah 1,2 dan 3. Di sini saya mulakan dengan Program Affiliate di Involve Asia dahulu. Ini kerana ada pelbagai program yang boleh anda sertai, tetapi saya cadangkan mulakan dengan program affiliate Involve Asia dahulu.  Langkah 1  Sertai program affiliate Involve Asia dengan daftar masuk Di Sini   Join Nike